Pusat Tenun Pahang Diraja Felda
Kompleks Industri & Rekreasi Felda Chini,
26690 Chini, Pekan, Pahang Darul Makmur.
Pusat Tenun Pahang Felda atau kini dikenali sebagai Pusat Tenun Pahang Diraja Felda selepas dianugerahkan gelaran ‘Diraja’ oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong adalah salah satu projek khas di bawah Felda Sdn. Bhd. Pusat ini menghasilkan kain Tenun Pahang secara tradisional dan juga menggunakan mesin.
Produk tenun yang dihasilkan adalah berkualiti tinggi dan mampu diketengahkan ke peringkat antarabangsa, sekali gus menjadi kebanggaan kepada anak tempatan terutama di Felda Chini. Pusat berkenaan dibuka bagi melatih anak tempatan sebagai usahawan tenun dan menjadi vendor bagi menampung permintaan tinggi terhadap produk Tenun Pahang.
Share This Article