Perkampungan Kraf Diraja Tunku Azizah

Kampung Pulau Keladi 26600 Pekan, Pahang Darul Makmur

Perkampungan Kraf Diraja Tunku Azizah atau dahulunya dikenali sebagai Kompleks Budaya Kampung Pulau Keladi juga menempatkan bengkel Tenun Pahang Diraja, Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja Tengku Ampuan Besar Meriam dan Syarikat cheminahsayang yang bertanggungjawab melestarikan warisan seni tenunan rakyat Pahang, Tenun Pahang Diraja.

Projek pembangunan Perkampungan Kraf Diraja Tunku Azizah ini bermula pada tahun 2022 dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2023 dengan penambahan beberapa komponen baru seperti bengkel untuk kraftangan warisan seperti batik dan seni ukir, kafe, kedai, showroom dan surau.