About Us

Tenun Pahang Diraja Foundation was established under the Trustee Act (Incorporation) 1952 (Act 258) on 29 September 2017.

Penubuhan ini bertujuan untuk membangunkan Tenun Pahang Diraja sebagai satu perusahaan kraf warisan yang mampu memperbaiki taraf hidup rakyat dengan mencipta peluang pekerjaan yang saksama bagi para pekerja seni, penenun dan
tukang.
Yayasan ini diasas dan dinaungi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah. Manakala
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj pula adalah pengasas bersama dan juga pengerusi kepada yayasan ini.

Visi

Menjadi sebuah Yayasan bertaraf global untuk membangun, memberi nilai komersial, memelihara dan memulihara perusahaan Tenun Pahang Diraja sebagai sebuah perusahaan kraf warisan yang dinaungi Istana Pahang.

Misi

Mengangkat seni warisan bangsa iaitu kain tenun Pahang Diraja agar terus kekal sepanjang zaman sehingga ke peringkat antarabangsa dan berada dalam kelasnya tersendiri.

Objektif

Membangun dan menjadikan Tenun Pahang Diraja sebagai identiti kraf negeri Pahang.

Meningkatkan taraf hidup rakyat terutama pekerja seni, penenun dan tukang dalam mencipta peluang pekerjaan yang saksama.

Memelihara dan memulihara identiti Tenun Pahang Diraja sebagai kraf warisan yang dapat diteruskan oleh generasi muda melalui latihan dan bimbingan.

Recent Posts

    Recent Comments

    No comments to show.
    Latest Posts
    This error message is only visible to WordPress admins

    Error: No feed found.

    Please go to the Instagram Feed settings page to create a feed.